Testimoni Uruswang

Di sini saya kepilkan testimoni-testimoni pelanggan UrusWang.com yang telah bertukar kepada Plan 0% Interest. Bacalah luahan hati mereka.

Pada mulanya saya ingatkan Along ke, syarikat piniaman wang ke.. risau jugak la..maklumlah sekarang ni macam-macam berlaku. Tetapi setelah berjumpa dengan salah satu agen uruswang , dan diterangkan secara detail tentang proses dan cara penyelesaiannya, saya percaya dan lebih jelas. Saya tidak perlu risau kerana penyelesaiannya dilakukan pada bank yang sama, bukan dengan syarikat ini.  Jadi kini saya dapat menjimatkan interest kredit kad dan dalam masa menjimatkan tempoh pembayaran. Terima kasih banyak-banyak. - nizam

Ianya memang menjimatkan, prosesnya cepat dan telus. Terima kasih. - nora

Syukur saya ditemukan dengan uruswang ini. Kini saya dapat menyelesaikan hutang kredit kad saya dengan tempoh yang lebih cepat dan menjimatkan kerana ianya 0% faedah. - sulaiman

Dulu memang saya pening kepala memikirkan masalah kredit kad saya. Tiap bulan separuh daripada gaji saya bayar kredit kad saja. Sudah bertahun saya bayar tapi tak habis-habis jugak. Nasib baik saya bertemu uruswang ini (dalam internet) dan diterangkan prosesnya, dan kini saya merasa lega kerana pembayaran bulan saya lebih rendah dan tempoh pembayarannya tetap dan lebih cepat. - azmi

Ingatkan pada mulanya nak buat personal loan untuk selesaikan hutang kredit kad saya, tapi prosesnya agak lama dan interestnya juga agak tinggi. Dengan menggunakan skim yang dicadangkan oleh uruswang maka dapat juga akhirnya saya menyelesaikan hutang kredit saya dengan kadar faedah yang lebih rendah dan prosesnya sangat cepat. Satu hari saja tu. Mana nak cari tu. - rina

Kenapalah saya tak berjumpa dengan uruswang masa dulu lagik, sekurang-kurangnya banyak lagi interest yang boleh saya jimatkan. Sekarang saya tak perlu risau lagi, pihak bank takde nak kacau-kacau saya suruh pi bayar minimum payment. - sue

Pada mulanya saya macam tak percaya jugaklah..Lagi-lagi melibatkan kredit kad kan..mana tau satu lagi penipuan ker. Tapi saya bersama kawan saya berjumpa dengan agen uruswang. Kami tanya bertalu-talu sehinggalah kami begitu yakin dan paham prosesnya. Memang ianya benar dan paling penting menjimatkan. Ianya merupakan proses penstrukturan semula kredit kad kita kepada bentuk 0% faedah dan membersihkan rekod kita dengan bank. Terima kasih banyak-banyak. - kamal

Ianya memang menjimatkan, tetapi yang paling penting, saya tak terperangkap dengan faedah yang melibatkan riba’ lagi. Alhamdulillah - hafiz

Contoh SLIP penukaran ke Plan 0% Interest - Pastikan anda dapatkan slip ini selepas membuat transaksi.

Slip Transaksi Plan 0% Interest

RHB Sebelum Plan 0% Interest

Hutang asal: RM7,153.07 (Dalam bulatan) dengan bayaran minima bulanan RM357.65

RHB Selepas Plan 0% Interest

Hutang Bulanan Selepas Plan 0% Interest: RM212.51 (Dalam bulatan) dengan bayaran minima bulanan RM50

Semoga ini dapat membantu anda mengurangkan beban bayaran kad kredit anda secara bulanan dan mengelakkan RIBA' kerana memang tiada interest.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi wakil UrusWang.com yang terdekat dengan anda. Mereka boleh membantu anda mengurangkan beban kad kredit yang anda alami dan memberi nasihat yang terbaik. Hubungi wakil kami di sini http://www.uruswang.com/wakil_dan_agen.html