Soalan Lazim (FAQ)
 
Di bawah adalah di antara soalan-soalan lazim yang di
tanyakan kepada kami. Untuk kemudahan semua saya paparkan di
sini.
- Siapakah UrusWang.com
?
UrusWang.com merupakan agen
perunding perniagaan untuk penyelesaian hutang kad
kredit dan pengurusan wang peribadi. UrusWang.com adalah
wakil perunding cara bebas dan tidak mewakili mana-mana
badan kewangan atau institusi kewangan. UrusWang.com hanya
menawarkan khidmat runding cara untuk penyelesaian hutang
kad kredit.
- Siapa boleh memohon Plan 0% Interest
ini?
Plan 0% Interest ini terbuka kepada rakyat
Malaysia yang mempunyai kad kredit dari bank-bank yang ada
di Malaysia. Antara syarat utama kad kredit pemohon
mestilah AKTIF. Pemohon yang mempunyai kad
kredit yang di BLOK tidak di terima. Walau
bagaimana pun pemohon boleh menghubungi pihak bank dan
minta pelepasan status BLOK. Plan ini amat sesuai untuk
pemohon yang penggunaan kad kreditnya tidak lebih 80% dari
had kredit kad. Bagi yang telah EXCEED kad kredit limit
perlu membuat bayaran tunai untuk one time fee
permohonan.
- Bagaimana Untuk Memohon ?
Untuk
memohon anda perlu menghubungi agen kami atau menghantar
email kepada agen kami
bersama butiran seperti jumlah hutang setiap kad
kredit, had limit setiap kad kredit dan nama bank bagi
setiap kad kredit. Pihak kami akan membuat kiraan
dan saranan awal samada anda boleh memohon Plan 0% Interest
yang di tawarkan. Jika anda layak agen kami akan bawa anda
ke pejabat transaksi untuk proses transaksi dan
penyelesaian kad kredit anda.
- Apa yang perlu di bawa semasa proses
transaksi?
Pemohon sendiri mesti hadir semasa transaksi dan tidak
boleh guna wakil. Pengesahan identiti pemohon sendiri
dengan bank diperlukan untuk proses transaksi. Pemohon
hanya perlu bawa kad pengenalan dan semua kad kredit yang
ingin di tukarkan ke Plan 0% Interest.
- Berapa lama tempoh kelulusan?
Biasanya ia mengambil masa antara 20 minit hingga 50 minit.
Bergantung kepada berapa ramai pemohon. Pihak kami ada 5
orang Customer Service yang sedia untuk membantu.
- Bayaran bulan di bayar kepada
siapa?
Pemohon perlu membayar bayaran bulan kepada bank yang
mereka berhutang. Jika pemohon memohon Plan 0% Interest
untuk kad kredit Maybank maka pemohon perlu
membayar kepada Maybank. Tetapi kali ini hutang
pemohon telah di tukarkan kepada Easy Payment Plan (EPP) -
maksudnya plan bayaran mudah di mana hutang pemohon telah
diagihkan untuk beberapa bulan yang dipohon.
- Ada tak caj-caj tersembunyi?
Tiada caj yang tersembunyi. Apa yang ada ialah One Time fee
yang dikenakan oleh bank. Lihat di sini untuk caj-cajnya -
Senarai Bank
Yang Di Terima
- Adakah proses ini selamat?
Ya proses ini adalah selamat. Tugas kami cuma menukarkan
hutang yang anda sedia ada kepada EPP (Plan 0% Interest).
Hutang anda masih dengan bank yang sama dan anda
perlu bayar kepada bank yang sama. Cuma yang
lainnya anda telah mengaktif Plan 0% Interest yang
lebih menjimatkan dan tiada interest lagi untuk kad kredit
anda. Contoh Slip EPP Transaksi.

Jika anda masih ada lagi soalan-soalan yang ingin ditanyakan
anda boleh berhubung terus dengan kami atau agen kami.Anda juga
boleh kunjungi Forum Rasmi
Uruswang.com untuk dapatkan lebih maklumat.
|